fbpx

Ribut petir landa lima negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) malam ini mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan lima buah negeri.

MetMalaysia dalam satu hantaran berkata, amaran itu dikeluarkan susulan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku hingga 10 malam nanti.

Amaran tersebut dikenakan di seluruh negeri Terengganu serta beberapa daerah di Kedah, Perak, Kelantan, Pahang dan Sarawak.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di negeri Kedah melibatkan daerah Langkawi, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang dan Kuala Muda manakala di Perak, kawasan terlibat ialah di Hulu Perak.

“Selain itu, amaran sama diberikan melibatkan beberapa daerah di Kelantan iaitu di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, di Pahang cuaca sama diramal melanda Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.

“Bagi negeri Sarawak pula, amaran berkenaan diberikan di Limbang (Limbang) sehingga 10 malam ini.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI