fbpx

Remaja 14 tahun mengamuk di sekolah, 4 mati, 9 cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak berkuasa berada di Sekolah Tinggi Apalachee, Winder, Georgia semalam selepas insiden tembakan. - AFP

WINDER, GEORGIA  – Seorang remaja lelaki berumur 14 tahun berdepan pertuduhan membunuh selepas empat orang mati dan sembilan yang lain cedera dalam  amukan senjata api di sebuah sekolah menengah di negeri Georgia.

Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) memetik Biro Siasatan Georgia sebagai berkata, dua murid dan dua guru maut dalam serangan di Sekolah Tinggi Apalachee, bandar Winder semalam.

Colt Grey yang merupakan pelajar sekolah berkenaan,  ditangkap oleh dua anggota polis  di sekolah tersebut. Dia akan dibicarakan sebagai orang dewasa.

Biro Siasatan Persekutuan (FBI) pernah menyoal siasat Grey tahun lepas selepas pihaknya menerima maklumat mengenai ancaman online untuk menyerang Sekolah Tinggi Apalachee. 

Namun, ejen-ejen FBI tidak menahan remaja tersebut.

Polis pertama kali menerima laporan tentang kejadian tembakan di sekolah yang menempatkan  kira-kira 1,900 murid itu kira-kira pukul 10.20 pagi (waktu tempatan).

“Polis tiba beberapa minit kemudian dan segera menemui suspek,” kata syerif tempatan, Jud Smith.

“Penyerang menyerah diri. Dia berlutut ke tanah dan ditahan,” tambahnya.

Menurut Smith, motif dan sasaran serangan tidak dapat dipastikan setakat ini.

Rakan sekelas Grey, Lyela Sayarath berkata, suspek meninggalkan bilik darjah pada permulaan mata pelajaran algebra.

Dia kemudian kembali dan mengetuk pintu yang telah dikunci secara automatik. Namun, pelajar lain enggan membenarkannya masuk selepas menyedari dia membawa pistol.

Kata Sayarath,  suspek pergi ke kelas sebelah dan mula melepaskan tembakan. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI