fbpx

PPR jadi Program Residensi Rakyat tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KOR MING (lima dari kanan) bergambar berlatar belakangkan perumahan Residensi Pr1ma sempena Majlis Penyerahan Kunci, Pelancaran Bomba Komuniti dan Program Sentuhan Kasih KPKT Residensi Pr1ma Taman Pelangi Indah, Johor Bahru, hari ini. - Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Kerajaan telah meluluskan model baharu perumahan awam yang dinamakan Program Residensi Rakyat (PRR) bagi menggantikan Projek Perumahan Rakyat (PPR), bermula tahun depan.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming berkata, PRR akan mula dilaksana di Larkin, di sini sebelum diperluaskan ke negeri-negeri lain seluruh negara.

Menurut beliau, rangka perumahan awam PRR itu dihasilkan setelah mengkaji model perumahan awam di negara maju seperti Singapura, Australia dan juga Korea Selatan.

“Jemaah menteri telah luluskan penjenamaan semula PPR dinaik taraf menjadi PRR di mana pelbagai langkah penambahbaikan, lebih mesra alam, kondusif dan berdaya huni,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci dan Pelancaran Bomba Komuniti Residensi Pelangi Indah, di sini hari ini.

Sebelum ini, Kor Ming memaklumkan saiz minimum bagi PRR ialah 750 kaki persegi dengan tiga bilik tidur dan dua bilik mandi.

Sementara itu, beliau turut memberitahu, KPKT telah memperuntuk hampir RM1 bilion bagi projek perumahan awam melibatkan kediaman PPR, Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) dan juga Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) di seluruh negara, tahun ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI