fbpx

PM mahu korporat, IKS bantu golongan OKU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAMSUL mengibar Jalur Gemilang pada Program Semarak Merdeka Madani 2024 PPDK di Jasin Bestari, Melaka. Foto AMRAN MULUP

JASIN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu syarikat korporat dan pengusaha perusahaan industri kecil dan sederhana (IKS) membantu golongan orang kelainan upaya (OKU) memajukan diri mereka.

Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin berkata, sokongan dalam bentuk kewangan atau barangan antara bantuan yang dapat diberikan bagi meringankan beban golongan berkenaan.

Menurutnya, pencapaian atlet paralimpik negara di temasya Sukan Paralimpik Paris 2024 yang berjaya meraih pingat untuk kontinjen Malaysia adalah contoh bahawa bantuan dan sokongan pelbagai pihak amat memainkan peranan.

“Sebab itu Perdana Menteri menunjukkan keprihatinan beliau kepada atlet paralimpik dengan memberikan pelbagai kemudahan dan dorongan kerana kejayaan mereka itu patut menjadi contoh.

“Ini patut dicontohi oleh semua pihak terutama syarikat korporat dan IKS dapat sama-sama memberikan sumbangan,” katanya selepas merasmikan Program Semarak Merdeka Madani 2024 di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) di Jasin Bestari, di sini hari ini.

Tambah Shamsul, rakyat Malaysia perlu bangga dengan keupayaan atlet paralimpik negara memenangi pingat emas kerana ia merupakan kejayaan besar dan menjadi satu cerita kebanggaan masyarakat.

“Aktiviti golongan OKU perlu disokong walaupun acara yang dianjurkan agak sederhana tetapi ia sebenarnya telah menarik perhatian Perdana Menteri, sejajar dengan gagasan membangunkan Malaysia Madani hingga ke peringkat akar umbi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI