fbpx

Peugeot Mr. Bean akan dilelong RM114,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Model klasik Peugeot 205 ini keluaran tahun 1989. - Bournemouth News

LONDON – Sebuah kereta Peugeot klasik yang dimiliki oleh pelakon dan pelawak tersohor, Rowan Atkinson bakal dilelong menjelang 28 September ini, lapor akhbar The Sun UK kelmarin. 

Kereta model Peugeot 205 Hot Hatch GTi itu hanya melakukan perjalanan sejauh 482.80 kilometer sejak ia dibeli oleh pelakon Mr. Bean tersebut pada tiga tahun lalu. 

Kenderaan tersebut dilengkapi enjin berkapasiti 1.6 liter dengan kelajuan 0 hingga 96 kilometer di bawah 9 saat. 

Bahagian dalaman kereta itu juga memiliki penyangga kain dan permaiadani berwarna merah, yang menjadi kegemaran Atkinson. 

Kereta keluaran tahun 1989 itu bakal dilelong pada harga mencecah £20,000 (RM114,098) di Classic Car Auctions di Leamington, Warks. 

Jurucakap firma lelongan tersebut berkata: “Kereta 205 GTi sentiasa menjadi salah satu daripada ‘Hot Hatch’ kegemaran ramai pada tahun 1980-an dan 1990-an serta dipandang tinggi.

“Atkinson diketahui sangat cermat dalam menjaga keretanya dan 205 GTi kecil yang menarik ini tidak terkecuali,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI