fbpx

Pesta durian tawar 2 tan buah percuma 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELANCONG menikmati buah durian di daerah Krong Pac, Tanah Tinggi Tengah Dak Lak pada Julai lalu. – AGENSI 

HANOI –  Pesta Durian Krong Pak kedua di wilayah Tanah Tinggi Tengah Dak Lak menawarkan 9 tan durian segar kepada pengunjung secara percuma bermula dari 31 Ogos hingga 2 September lalu, lapor laman berita VN Express semalam.

Festival itu menarik lebih 200,000 pengunjung, tiga kali ganda lebih ramai berbanding edisi pertama pada 2022, kata pihak berkuasa tempatan.

Pengunjung berpeluang melawat kebun durian, menikmati buah durian secara percuma dan mempelajari proses pengeluaran buah bernilai berbilion-bilion dolar tersebut.

Vietnam mengeksport durian bernilai kira-kira AS$1.7 bilion (RM7.37 bilion) antara Januari hingga Julai tahun ini, demikian menurut Kementerian Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar.

Daerah Krong Pak menyediakan lebih enam hektar dusun durian untuk majlis tersebut.

Krong Pak kini mempunyai kira-kira 8,000 hektar tanaman durian.

Edisi pertama pesta durian itu diadakan pada 2022 dan menarik 60,000 pengunjung dari  dalam dan luar negara.

Sementara itu, industri pelancongan Malaysia baru-baru ini melancarkan 62 pakej pelancongan durian yang baharu pada  harga sehingga AS$960 (RM4,164), membolehkan pelancong melawat dusun durian dan merasai hiburan lain seperti glamping atau meredah hutan. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI