fbpx

Permohonan ikat jamin DSP langgar Muhammad Zaharif ditolak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Nazri (tengah) ketika hadir di Mahkamah Tinggi Ipoh, hari ini.

IPOH – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan pegawai polis, Mohd. Nazri Abdul Razak, 45, untuk dibebaskan dengan jaminan atas pertuduhan membunuh pelajar tingkatan lima tahun lalu.

Hakim Datuk Bhupindar Singh Gurcharan Singh Preet membuat keputusan itu selepas mendapati tiada keadaan istimewa yang mewajarkan perintah agar permohonan bagi mendapatkan jaminan dibenarkan.

Kosmo! sebelum ini melaporkan Mohd. Nazri yang berpangkat Deputi Superintendan (DSP) dan bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah didakwa membunuh Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, pada Disember lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI