fbpx

Perhilitan tangkap 10 gajah liar di Gerik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAJAH betina dan anaknya antara 10 ekor gajah liar yang ditangkap dalam operasi di Tanjung Rimbun, Bandariang, Gerik, baru-baru ini.

GERIK – Kebimbangan penduduk Tanjung Rimbun, Bandariang berkaitan gangguan gajah liar sedikit reda apabila 10 ekor mamalia itu yang berkeliaran dan merosakkan tanaman mereka berjaya ditangkap dalam operasi sejak Ahad lalu.

Tangkapan lima gajah betina dan lima gajah jantan berumur empat bulan hingga 35 tahun dari ID Belum itu dijalankan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak.

Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff berkata, aduan gajah liar di Bandariang diterima sejak awal tahun ini dengan beberapa tangkapan telah dibuat sebelum ini.

“Pemantauan akan diteruskan di lokasi tersebut yang membawa kepada tangkapan 10 ekor gajah liar termasuk anak berusia empat bulan.

“Kita memang pantau konflik gajah liar di kawasan ini sejak beberapa bulan lalu, malah ini merupakan tangkapan gajah liar terbesar di Perak setakat ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut beliau, proses pemindahan gajah liar itu akan dilakukan secara berperingkat mulai hari ini dan dijangka mengambil masa selama enam hari. Khidmat gajah denak iaitu Abot dan Rambai akan digunakan bagi proses tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI