fbpx

Penjaga gol Arsenal pilihan Sepanyol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAYA (kiri) dijangka menguatkan kesebelasan utama Sepanyol menentang Serbia awal pagi esok. - AFP

COPENHAGEN – Penjaga gol Sepanyol, David Raya kembali perkuatkan pasukan dan turut membawa keazaman untuk menghadirkan peranan lebih besar buat skuad La Roja pada Liga Negara-Negara Eropah kali ini.

Walaupun sedar status selaku juara bertahan dan pemenang Euro 2024 menjadikan setiap pasukan lawan lebih bernafsu untuk menewaskan Sepanyol, namun Raya bertegas La Roja mempunyai karakter untuk melakukan apa sahaja bagi memastikan kejayaan.

“Kami akan berikan segala-galanya dan kami juga mempunyai mentaliti untuk menang. Kami adalah juara Eropah tetapi semua itu sudah pun berlalu.

“Seluruh pasukan begitu teruja untuk sekali lagi bergelar juara dan menghadirkan kegembiraan buat Sepanyol,” katanya.

Selepas 30 bulan berlalu sejak Raya membuat debutnya bersama Sepanyol, penjaga gol No. 1 Arsenal itu dijangka memainkan peranan penting dalam perhitungan menentang Serbia di Stadium Red Star, Belgrade awal pagi esok.

Ketiadaan penjaga gol Athletic Bilbao, Unai Simon yang menjalani pembedahan pergelangan tangan, Raya dijangka mengambil alih tugas sebagai pilihan utama berbanding Alex Remiro dari Real Sociedad dan Robert Sanchez (Chelsea) untuk dua aksi antarabangsa bulan ini.

Penjaga gol berusia 28 tahun itu berpendapat seluruh pasukan kini semakin teruja untuk kembali membuktikan kualiti mereka dan detik ini menjadi tempoh istimewa buat para pemain selepas dinobatkan sebagai juara Eropah pada Euro 2024.

“Saya gembira untuk kembali mewakili negara saya dan jika diberi peluang, sudah pasti saya akan berikan apa yang saya ada untuk memenangi perlawanan,” tambahnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI