fbpx

Jangan buat ‘content’ di lokasi tanah jerlus Jalan Masjid India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rusdi bercakap pada sidang akhbar yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, hari ini. KOSMO!/SYAKIR RADIN

KUALA LUMPUR – Polis Kuala Lumpur menempatkan pegawai dan anggotanya bagi memantau keselamatan di sekitar lokasi tanah jerlus di Jalan Masjid India di sini yang mengorbankan wanita warga India, G Vijaya Lakshmi pada 23 Ogos lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, orang ramai diminta untuk tidak mendekati lokasi tersebut berikutan kerja-kerja pemulihan masih dilaksanakan.

“Tanggungjawab polis untuk melakukan kawalan keselamatan, jadi kita tidak mahu orang ramai meninjau atau membuat kandungan di media sosial di lokasi itu.

“Kehadiran anggota polis bagi mengawal lokasi tanah jerlus. Kesan tanah jerlus itu kira-kira lapan hingga 10 meter, kita tidak mahu apa-apa terjadi di lokasi tersebut,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Pengunjung melewati deretan kedai berhampiran lokasi tanah jerlus ketika tinjauan di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur. Foto oleh MUHAMAD IQBAL ROSLI

Beliau menasihatkan orang awam agar tidak meninjau lokasi kejadian bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

“Bukan setakat lubang itu (tanah jerlus), ada lagi lubang kedua (mendapan 50 meter dari lokasi) serta saluran panjang akan diperiksa.

“Kita juga tidak mahu orang ramai pergi meninjau dan buat TikTok. Lebih baik saya arahkan KPD (Ketua Polis Daerah) Dang Wangi untuk menempatkan anggota di situ,” katanya.

Kawasan sekitar insiden tanah jerlus ketika tinjauan di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur. Foto oleh MUHAMAD IQBAL ROSLI

Sebelum ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa memaklumkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan serta-merta selepas sembilan hari atas faktor keselamatan.

Tindakan selanjutnya di lokasi kejadian tanah jerlus itu akan diteruskan dengan proses pemulihan (search and recovery). – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI