fbpx

‘Nak buat podcast tak perlu buat benda bodoh untuk tular’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Leona akan lebih selektif menerima undangan tetamu dalam mana-mana program podcast selepas ini.

KUALA LUMPUR – Enggan sekadar jadi bahan tular, pempengaruh Kasih Iris Leona terpaksa lebih selektif sebelum menerima undangan untuk muncul dalam mana-mana program audio siar.

Katanya, tiada usaha daripada pihak berkaitan untuk membuat rujukan ditambah konten berulang tanpa pengisian baharu hanya membuang masa penonton yang mengikuti kemunculannya.

“Sebab itu saya tak ambil sembarangan podcast sekarang kerana saya rasa seperti penting bagi hos untuk ambil berat mengenai saya dan bukan hanya ‘oh, dia akan buat podcast ini tular’,” katanya dalam program Sembang Atas Dulang.

Anak kepada aktor Azhar Sulaiman itu turut menyarankan agar pengamal media baharu menghasilkan kandungan berkualiti tanpa melakukan perkara bodoh demi mengejar sensasi.

“Saya rasa satu perkara yang perlu berubah dalam industri media Malaysia ialah menghasilkan kandungan berkualiti tak perlu buat benda bodoh untuk jadi tular.

“Ini kerana orang sebenarnya menghargai kandungan berkualiti kerana podcast saya yang paling tular adalah bersama dua kawan. Mereka tidak terkenal tapi video kami mencecah hampir 200,000 tontonan secara organik.

“Daripada semua orang yang temu bual saya, mereka kurang dikenali namun mereka ambil masa untuk buat kajian hingga hasilnya disukai ramai,” ujarnya.

Kongsinya lagi, selepas podcast pertama mendapat sambutan, seorang individu yang kerap meninggalkan komen dalam laman sosialnya pula mengundangnya untuk muncul dalam program kendaliannya.

Begitupun, Kasih Leona, 22 , mengakui agak terkilan apabila kedatangan ke studio terbabit seolah-olah dipersia-siakan pihak yang mengundangnya.

“Anda tahu, bukanlah saya rasa diri saya terlalu hebat, tetapi jika seseorang meluangkan masa untuk anda, anda patut memanfaatkan peluang itu sebaik mungkin.

“Bukan sekadar untuk faktor tular semata-mata. Jadi, apabila saya pergi ke sana, saya rasa lelaki itu tidak banyak buat kajian mengenai saya, kerana soalan terakhir dia ialah, adakah awak seorang introvert?

“Saya seperti, ‘adakah awak tidak dengar apa yang saya cakap sepanjang masa ini?” katanya.

Ujar pempengaruh sensasi itu, dia menyuarakan hal berkenaan kerana mempunyai banyak perkara menarik lain yang ingin dikongsi, cuma menunggu diajukan soalan tepat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI