fbpx

MyComic anjur Kolokium Komik Digital bermula 13 September ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KKDM24 bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 13 hingga 15 September ini.

PETALING JAYA – Persatuan Komik dan Webkomik Malaysia (MyComic) bakal menganjurkan Kolokium Komik Digital Malaysia (KKDM24) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 13 hingga 15 September ini.

Setiausaha Agung MyComic, Fythullah Hamzah berkata, KKDM24 merupakan persidangan kali kedua bersempena Malaysia Digital Content Festival (MYDCF) yang anjurkan oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).

Beliau berkata, kolokium itu bukan sahaja menaikkan keterlihatan proses kreatif tetapi juga menyelami hala tuju masa depan komik dalam bidang akademik.

“Wakil dari pelbagai Institut Pengajian Tinggi akan hadir untuk membentangkan kertas kerja berkenaan akademi dan pada masa sama juga akan diadakan sesi perbincangan berkenaan Pengaruh Kecerdasan Buatan terhadap Hak Cipta serta topik berkaitan Komik Atas Talian (web-komik).

“Selain itu, pada hari kedua pula, akan berlangsung Penyampaian hadiah kepada pemenang Cabaran Komik Malaysia ke-9 (CKOM-9) yang telah di adakan untuk kali ke sembilan dalam usaha mencungkil bakat baru komik Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu katanya, sebanyak 14 poster Kajian Akademik akan dipamerkan oleh MDEC dengan kerjasama MyComic dan SIGGRAPH ASIA KL yang memaparkan kajian dan penyelidikan terkini sektor Seni Visual.

“Peranan MyComic adalah menjadi pakar rujuk dalam seni visual komik untuk sarjana tempatan serta sarjana luar negara.

“Kolokium Komik Digital Malaysia juga akan menjadi satu platform pertukaran kajian akademik bagi menyambut usaha kolaborasi dengan komuniti antarabangsa seperti The Korean Cartoon and Webtoon Society (Coweko).

“MyComic akan terus mengkaji dan menggarap pelbagai aspek sosiobudaya kehidupan merentasi pendekatan autobiografi, biografi, sejarah, jurnalisme dan seumpamanya bagi memungkinkan cabang seni ini diangkat sebagai suatu disiplin ilmu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI