fbpx

MOT lancar Pelan Hala Tuju Penyahkarbonan Sektor Penerbangan Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony Loke mempengerusikan Mesyuarat Majlis Konsultatif Penerbangan Negara dan Peluncuran Pelan Hala Tuju Penyahkarbon Sektor Penerbangan Malaysia di Palm Garden Hotel, Putrajaya, hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan (MOT) hari ini melancarkan Pelan Hala Tuju Penyahkarbonan Sektor Penerbangan Malaysia (MADB) untuk mencapai sasaran karbon sifar bersih seawal 2050 bagi sektor penerbangan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, empat kategori langkah mitigasi yang ditetapkan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) melibatkan teknologi pesawat, penambahbaikan operasi, penggunaan bahan api penerbangan mampan (SAF) dan mengimbangi karbon.

“Antara sektor utama yang menyumbang kepada pelepasan karbon adalah pengangkutan udara dan usaha untuk mengurangkan pelepasan ini mesti lah bermula daripada sekarang, walaupun sasarannya menjelang tahun 2050,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi sidang akhbar selepas Mesyuarat Majlis Konsultatif Penerbangan Negara dan Pelancaran Pelan Hala Tuju Penyahkarbon Sektor Penerbangan Malaysia, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI