fbpx

MetMalaysia uji siren di Tawau esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) akan melaksanakan pengujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) esok.

MetMalaysia dalam hantara memaklumkan ujian itu akan diadakan di Tawau, Sabah.

“Pengujian siren akan dilakukan di Masjid Al-Khauthar, Tawau, Sabah pada 9 pagi hinga 12 tengah hari.

“Penduduk di kawasan sekitar dinasihatkan agar tidak panik dengan bunyi siren tersebut kerana ia merupakan suatu ujian sahaja,” katanya di sini hari ini.

Katanya MetMalaysia akan memaklumkan jika terdapat sebarang pindaan.

Dalam pada itu, MetMalaysia pada petang ini mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan lapan buah negeri.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan beberapa daerah di Perak iaitu di Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak.

“Amaran sama juga diberikan di Pahang (Bentong), Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Gombak dan Petaling dan Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau dan Jempol),” katanya.

Selain itu katanya hujan lebat berserta ribut petir itu dijangka berlaku di Johor di Kota Tinggi) sehingga 5 petang ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI