fbpx

Marquez tak yakin cabar gelaran dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARQUEZ merasakan peluangnya masih jauh untuk mencabar Martin dan Bagnaia dalam perebutan kejuaraan dunia. - AFP

ALCANIZ, Sepanyol – Biarpun Marc Marquez berjaya menamatkan penantian dengan mencipta kemenangan semula dalam Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) sewaktu Grand Prix (GP) Aragon pada Ahad lalu, namun juara dunia enam kali itu tidak meletakkan dirinya sebagai pencabar gelaran musim ini.

Marquez tetap bersikap realistik selepas merasakan persaingan merebut gelaran tahun ini masih jauh daripada realiti disebabkan dua pencabarnya seperti Francesco Bagnaia (Ducati) dan Jorge Martin (Pramac) konsisten setiap perlumbaan.

Ketika ini, Marquez masih ketinggalan 70 mata di belakang Martin dan 47 mata dengan juara dunia musim lalu, Bagnaia yang terus menonjol menerusi tujuh kemenangan GP serta tiga kejayaan sprint pada musim ini.

“Kami masih jauh, malah banyak kehilangan mata. Dua pelumba (Bagnaia, Martin) lebih konsisten daripada kami. Jadi, kami benar-benar ketinggalan sangat jauh dengan perebutan gelaran dunia musim ini.

“Satu hujung minggu tidak akan mengubah segalanya. Memang (kemenangan) membantu, tetapi tidak akan mengubah keseluruhan kedudukan. Kami masih jauh untuk bersaing merebut gelaran tahun ini,” kata Marquez yang bersaing bersama pasukan Gresini Racing.

Dalam pada itu, Marquez mahu meletakkan misi lebih realistik terutamanya dari segi perebutan tempat ketiga terbaik keseluruhan.

“Mari kita lihat jika kita boleh bersaing untuk berada dalam kedudukan tiga teratas. Itu matlamat lebih realistik. Masih banyak mata boleh diperoleh terutama perlumbaan di Asia nanti terutama cabaran cuaca yang tidak menentu di sana,” tambah Marquez.

Tahun depan, Marquez akan bergandingan bersama Bagnaia selepas Ducati bersetuju untuk memberikan kerusi panas itu untuk menggantikan tempat Enea Bastianini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI