fbpx

Mamalia tertua di dunia paus berusia lebih 130 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seekor paus bowhead yang ditangkap pada 2007 mempunyai tempuling menusuk pada lehernya. – Alamy/Muzium New Bedford Whaling

JUNEAU, ALASKA – Satu spesies paus yang ditemui di luar pantai Alaska dipercayai merupakan mamalia tertua di dunia yang masih hidup, lapor akhbar The Sun UK semalam.

Pada 2007, sekumpulan pemburu paus menangkap mamalia itu yang turut mempunyai tempuling menusuk pada lehernya.

Serpihan tombak tersebut bertarikh sekitar 1880-an. Ini bermaksud paus itu berumur kira-kira 130 tahun.

Kini, ahli biologi percaya bahawa ikan paus bowhead tersebut adalah mamalia tertua di dunia yang masih hidup, dengan jangka hayat purata mencapai 200 tahun.

Paus Bowheads adalah spesies terancam dan kini terdapat kira-kira 8,000 hingga 12,000 ekor yang masih tinggal.

Ia mengembara dalam kawanan kecil dan mempunyai anak seberat 6,000 kilogram semasa lahir. Satu-satunya musuh spesies tersebut ialah manusia dan paus orca.

Paus menyelam dalam itu juga mempunyai tulang berombak dan lapisan lemak setebal 30 sentimeter untuk melindungi dirinya daripada perairan Artik yang membeku.

Lapisan lemak yang membantu memanaskan paus tersebut turut bertindak sebagai perisai terhadap serangan tempuling.

Secara purata, paus bowhead betina adalah lebih besar daripada jantan, dengan berukuran 17. 9 meter panjang dan seberat 80 tan metrik. Purata paus jantan adalah kira-kira 15.8 meter panjang. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI