fbpx

MAG tawar diskaun, promosi menarik di MATTA Fair 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelbagai diskaun dan promosi menarik bakal ditawarkan MAG di Pameran Pelancongan Antarabangsa MATTA Fair 2024 dari 6 hingga 8 September ini.

PETALING JAYA – Malaysia Aviation Group (MAG) sekali lagi menjadi peneraju dalam industri penerbangan dengan penyertaan yang paling besar di Pameran Pelancongan Antarabangsa MATTA Fair 2024.

Pameran tersebut berlangsung dari 6 hingga 8 September ini di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) yang dianjurkan oleh Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA).

“Sebagai rakan rasmi dan penaja utama pameran ini, kami menyediakan pelbagai promosi perjalanan dan tawaran eksklusif yang merangkumi rangkaian syarikat penerbangannya seperti Malaysia Airlines, Firefly, MASwings serta produk gaya hidup daripada Journify dan Enrich.

“Penumpang juga boleh memanfaatkan diskaun sehingga 30 peratus untuk tambang penerbangan bagi Kelas Ekonomi dan Perniagaan di semua penerbangan Malaysia Airlines dan pada semua tempat duduk di Firefly,” kata kenyataan itu.

Jelasnya, tawaran eksklusif ini bermula 5 hingga 16 September ini di platform dalam talian syarikat penerbangan tersebut untuk perjalanan segera sehingga 31 Ogos 2025.

“Selain itu, ahli Enrich boleh memanfaatkan tempahan keutamaan pada semalam (4 September), sehari sebelum jualan bermula dan juga mendapat tawaran diskaun sebanyak 5,000 mata apabila menebus sepenuhnya dengan mata Enrich di Enrich Hotels.

“Untuk penjimatan tunai selanjutnya, pemegang kad EnrichMoney dan pemegang Kad Kredit AmBank Enrich Visa boleh menikmati diskaun tambahan 5 peratus, 5X Mata EnrichMoney dan 2X Mata Ganjaran Bonus,” katanya.

Ujarnya lagi Arena MAG yang berkeluasan 11,000 kaki persegi juga menampilkan pelbagai pameran berkaitan teknologi dan inovasi seperti penerokaan kabin A330neo dalam Realiti Maya (VR) serta gerai foto kecerdasan buatan (AI).

Arena MAG turut merangkumi ruang pertemuan yang boleh memuatkan lebih 100 pelawat dan rakan kongsi industri pada bila-bila masa.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI