fbpx

Lelaki maut terjatuh dari pokok petai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

TAIPING – Seorang lelaki maut setelah terjatuh dari pokok petai dengan ketinggian 10 meter di Kampung Changkat Perah, Selama dekat sini kira-kira pukul 11 pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Selama, Superintendan Sarudin Samah berkata, mangsa, Hafiz Mohd. Isa, 54, sememangnya melakukan kerja-kerja kampung.

“Difahamkan mangsa melakukan kerja mengambil upah memanjat sejak dari umurnya 20 tahun termasuk kerja mengutip durian, memanjat pokok jering, petai dan lain-lain,” katanya di sini hari ini.

Menurut Sarudin, mayat mangsa dijumpai oleh rakannya di kebun durian di Kampung Changkat Perah sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Mayat mangsa dibawa ke bahagian forensik Hospital Selama dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Changkat Semambu selepas solat isyak malam ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI