fbpx

Lelaki ditemui rentung terperangkap dalam bilik tidur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa ditemui rentung dalam kebakaran di sebuah rumah di Jalan Assumption, Butterworth, pagi tadi.

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki ditemui dalam keadaan rentung selepas terperangkap dalam kebakaran di sebuah rumah di Jalan Assumption, Butterworth, di sini pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 1.20 pagi itu, mangsa, Liew Hoong Kwee, 55, ditemui dalam bilik tidur rumah terbabit.

“Kita menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.28 pagi. Apabila bomba tiba di tempat kejadian, didapati terdapat kebakaran satu unit rumah kelas B berkeluasan kira-kira 186 meter persegi.

“Kebakaran berlaku di dalam bilik tidur dan mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi. punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI