fbpx

KPDN gempur 19 kedai runcit Kampung Segambut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penguatkuasa melakukan pemeriksaan di sebuah premis kedai runcit pada operasi yang dilakukan di sekitar Bukit Segambut, Kuala Lumpur hari ini. Foto oleh SYAKIR RADIN/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Sebanyak 11 kompaun pelbagai kesalahan dikeluarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kuala Lumpur menerusi Op Viral yang dilaksanakan di kedai runcit sekitar Kampung Segambut, di sini, petang tadi.

Difahamkan, operasi tersebut dijalankan rentetan tularnya satu video di TikTok yang mendakwa premis perniagaan yang dibanjiri warga asing tidak diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

Timbalan Pengarah KPDN Kuala Lumpur, Nurul Syarina Md. Anuar berkata, operasi itu melibatkan seramai 60 anggota KPDN Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor.

Katanya, daripada 19 kedai runcit yang diperiksa, terdapat beberapa premis dikesan tidak mempunyai lesen menjual barangan kawalan selain menjual barangan melebihi harga kawalan, beroperasi dengan lesen tamat tempoh dan tiada tanda harga.

“Sebanyak 11 kompuan diambil melibatkan pelbagai jenis kesalahan seperti tiada tanda harga, alat timbang yang tidak ditentusahkan dan menjual.

“Jumlah sitaan bagi kesemua kedai runcit dianggarkan bernilai RM3,300,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, peniaga juga dikesan melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 (Akta 723) kerana menjual harga terkawal melebihi harga ditetapkan oleh pengawal harga.

Selain itu, kes disiasat di bawa Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana menjual gas petroleum cecair (LPG) secara runcit tanpa lesen yang sah.

“Rata-rata peniaga menjual barang keperluan harian dan semakan semakan mendapati premis adalah milik warga tempatan berdasarkan lesen pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Bagaimanapun, pelanggan adalah warga asing yang tinggal di sekitar kawasan berkenaan namun ada premis yang telah tamat tempoh dan diuruskan warga asing,” ujarnya.

Beliau turut memberi amaran kepada peniaga agar tidak menjual barang kawalan melebihi harga ditetapkan kerajaan.

“Sebarang aduan boleh dikemukakan kepada pihak Kementerian melalui Portale-aduan.kpdn (https://eaduan.kpdn.gov.my), WhatsApp di 019-2794317, Call Centre 1800886800 serta aplikasi EzADUKPDN dan lain-lain,” pesannya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI