fbpx

Kerana duit, penyerang ‘dibuang’ pasukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BERGWIJN

AMSTERDAM – Keputusan penyerang Belanda, Steven Bergwijn berhijrah ke Arab Saudi menyertai Al-Ittihad memakan diri apabila dia tidak dipanggil menyertai skuad kebangsaan menjelang aksi Liga Negara-Negara Eropah minggu ini.

Ketua jurulatih The Oranje, Ronald Koeman berkata, pintu untuk bekas pemain Tottenham Hotspur itu menyertai pasukan kebangsaan sudah tertutup rapat sebaik sahaja dia melengkapkan perpindahan ke Al-Ittihad daripada Ajax kelmarin.

Tambah beliau, keputusan yang dibuat kerana menganggap Bergwijn sudah tidak memiliki motivasi untuk mengejar kemasyhuran dalam bola sepak di peringkat tertinggi, sebaliknya hanya fokus mengejar hidup penuh kemewahan.

“Buku sudah ditutup untuk dia (Bergwijn) menyertai pasukan kebangsaan. Saya fikir dia juga tahu mengapa saya mengambil tindakan sebegini dan ingin saya tegaskan, ia tidak bersifat peribadi.

“Apabila anda merupakan pemain yang baru berusia 26 tahun, fokus utama adalah sepatutnya mencipta nama dalam sukan, bukannya sudah terkejar-kejar dengan tawaran lumayan. Namun, itu menjadi pilihannya,” kata Koeman.

Pada masa sama, bekas pengendali Barcelona itu berpendapat Bergwijn sepatutnya terus kekal beraksi dalam kancah bola sepak Eropah yang dianggap lebih kompetitif jika dibandingkan dengan Liga Pro Arab Saudi (SPL).

“Semasa saya bergelar pemain, saya tidak pernah berada dalam situasi sepertinya kerana pilihan saya adalah bermain bersama Barcelona. Saya menghormati keputusannya tetapi secara peribadi, tidak (bersetuju),” ujar Koeman. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI