fbpx

‘Kalau nak puji cakap betul-betul, jangan nak menyakitkan hati’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DIANA DANIELLE

PETALING JAYA – “Apabila orang cakap, dah tua pun cantik. Mengapa perlu cakap tua, kalau sudah hendak puji cantik, hanya perlu cakap cantik.”

Demikian luahan pelakon Diana Danielle yang kesal dengan budaya puji dalam sindiran yang kian menjadi menjadi amalan masyarakat.

Kata Diana, 32, perbuatan sebegitu turut dilihat sudah menjadi normalisasi dalam kalangan masyarakat.

“Macam dah jadi standard yang ditetapkan masyarakat. Sebagai contoh, sudah jadi emak pun masih cantik. Jadi adakah kalau jadi emak perlu kelihatan seperti puntianak atau lesu sepanjang masa.

“Saya sebenarnya tidak faham dengan budaya sebegitu, beri pujian tetapi dalam masa sama mengutuk juga,” katanya.

Pelakon filem Gol & Gincu 2 itu menyuarakan pandangannya dalam siaran langsung dalam TikTok.

Dalam pada itu, Diana turut tegas memberitahu bahawa dia hanya mempersoalkan amalan sebegitu yang dilihat seperti kebiasaan dan bukannya untuk menyalahkan mana-mana pihak.

“Saya tidak menyalahkan sesiapa, saya hanya cakap perkara itu sudah dianggap budaya.

“Tetapi jika anda ingin menyalahkan sesiapa itu terpulang. Terserah kepada anda,” katanya.

Diana memberi reaksi tersebut ketika menjawab pertanyaan daripada seorang pengguna media sosial mengenai golongan yang perlu disalahkan kerana menjadi perbuatan ‘pujian sarkastik’ sebagai amalan.

Meninjau ke ruangan komen, beberapa netizen bersetuju dengan pendirian sama seperti Diana.

“Masyarakat suka meletakkan standard terhadap seseorang seperti kalau bertubuh gempal tidak pandai bergaya. Kalau tinggi lampai pasti cantik seperti model.

“Betul itu. Kalau nak puji cakap betul-betul, jangan nak menyakitkan hati pula. Ini tidak suka cakap gemuk pun cantik, tua pun cantik, hitam pun cantik,” antara komen netizen.

Pada masa sama, pengguna media sosial mengharapkan ideologi sebegitu perlu dibuang dan tidak lagi dijadikan sebagai tabiat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI