fbpx

Inisiatif bangun PMKS sepanjang tahun bukti keberkesanan – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid ketika mempengerusikan Majlis Pembangunan Usahawan dan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana Kebangsaan (MPUPK) Bilangan 2 Tahun 2024 di Putrajaya hari ini.

PUTRAJAYA – Inisiatif kerajaan dalam membangunkan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) sepanjang tahun jelas membuktikan keberkesanannya.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia susulan penurunan bilangan PMKS kepada 1,101,725 PMKS pada tahun lalu berbanding 1,173,601 pada 2022 yang sebahagiannya disebabkan oleh peralihan PMKS menjadi pemain besar.

“Jika dilihat dari segi pecahan PMKS mengikut saiz perniagaan, firma bersaiz kecil mengalami pertumbuhan yang sangat menggalakkan dari segi bilangan pertubuhan dengan peningkatan tahunan sebanyak 35.8 peratus.

“Manakala firma bersaiz sederhana meningkat sebanyak 7.9 peratus berbanding tahun 2022,” katanya dalam kenyataan selepas mempengerusikan Majlis Pembangunan Usahawan dan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana Kebangsaan (MPUPK) Bilangan 2 Tahun 2024 hari ini.

Jelas Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu, perusahaan mikro meliputi 69.7 peratus daripada jumlah pertubuhan PMKS pada tahun lalu, firma bersaiz kecil mencakupi 28.5 peratus dan firma bersaiz sederhana membentuk baki 1.8 peratus.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, mesyuarat juga membincangkan mengenai kertas Kedudukan Malaysia dalam World Competitiveness Ranking (WCR) dan kesan kepada PMKS oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).

Katanya, kedudukan Malaysia telah menurun ke kedudukan 34 pada tahun 2024.

“Setelah diteliti, antara isu kritikal yang dikenal pasti ialah kekurangan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan cabaran dalam mengekalkan bakat. Ia telah memberi impak langsung kepada kecekapan PMKS dalam memenuhi piawaian antarabangsa,” katanya.

Ahmad Zahid memaklumkan, beberapa tindakan penambahbaikan telah diambil bagi mengatasi permasalahan ini antaranya Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) melalui MPC menyelaras pembangunan pelan tindakan bagi meningkatkan daya saing negara pada Julai hingga Ogos 2024.

“Jawatankuasa Daya Saing Negara yang dipengerusikan secara bersama oleh Menteri MITI dan Menteri Kewangan II memantau pencapaian pelan tindakan ini bermula September 2024,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI