fbpx

Ibu bapa budak 10 tahun pandu kereta akan didakwa cuai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KERETA Toyota Corolla yang dipandu kanak-kanak berusia 10 tahun terbabas dalam kemalangan melibatkan dua buah kenderaan lain di Jalan Arowana2, Taman Arowana Impian, semalam. Foto IHSAN POLIS.

SEREMBAN – Ibu bapa kanak-kanak berusia 10 tahun yang memandu kereta Toyota Corolla milik keluarga sehingga menyebabkan kemalangan akan didakwa kerana cuai.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, pihaknya menahan pasangan tersebut untuk siasatan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana menganiaya, mengabai dan mendedahkan kanak-kanak itu kepada bahaya.

Mohamad Hatta berkata, bapa kanak-kanak itu merupakan peniaga dan sedang uzur. Ibunya pula membawa bapanya ke hospital. bunya sering berulang-alik ke hospital.

“Kita akan dakwa pasangan berusia dalam lingkungan 40-an kerana cuai meninggalkan kunci kereta. Ibunya dipanggil semalam untuk disoal siasat, manakala bapanya (akan dipanggil) selepas ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelas beliau, kanak-kanak itu pula disiasat di bawah Seksyen 39(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 111 akta sama dan Kaedah 10 Kaedah-Kaedah Lalu-Lintas Jalan 1959.

Semalam Kosmo! melaporkan seorang kanak-kanak lelaki dikesan memandu Toyota Corolla milik ibu bapanya sehingga terbabit kemalangan melibatkan dua buah kenderaan lain di Taman Arowana Impian kelmarin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI