fbpx

‘Doakan saya berjodoh, dapat anak, bahagia sampai mati’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nadia masih tidak serik untuk berkahwin dan berharap dapat mengecap bahagia sama seperti wanita lain. - FAIZ ALIFF

PUTRAJAYA – Empat tahun menggalas status janda, pelakon Nadia Brian mengakui tidak pernah rimas biarpun kerap diajukan soal jodoh.

Nadia atau nama lengkapnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 33, terbuka berdepan pertanyaan berkaitan pasangan yang disifatkan sebagai doa.

“Saya tidaklah rimas sebab benda itu macam orang nak ambil tahu, mestilah nak minta juga orang lain tolong mendoakan.

“Bagus juga bila orang tanya supaya boleh doakan semoga saya dapat jodoh yang baik, dapat anak serta berbahagia hingga hujung nyawa.

“Saya nak bahagia seperti itu. Jadi saya tak kisah orang bertanya,” kata semasa sidang akhbar filem Duyung Legenda: Aurora, baru-baru ini.

Ditanya jika ada lelaki ingin berkenalan, pelakon drama Lelaki Itu mengakui ramai lelaki dalam media sosial yang cuba mendekatinya tetapi dia terlalu sibuk untuk memberikan komitmen ke arah perhubungan.

“Saya tak nafikan banyak juga terima (mesej langsung) DM di Instagram daripada mereka yang mahu berkenalan dan berkawan. Namun, saya sangat sibuk bekerja sekarang.

“Jadi, saya tak tahulah siapa boleh bersama dengan saya yang selalu sibuk ini. Saya kena hadkan waktu jugalah apabila sudah sampai tahap usia tertentu.

“Namun jujurnya saya belum bertemu lagi. Sudah tentu kita mahu yang terbaik untuk kita, mahu hubungan berpanjangan. Jadi insya-Allah doa yang baik-baik,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, Nadia pernah mendirikan rumah tangga dengan Muizz Nasruddin pada 9 November 2019 namun bercerai pada April 2021. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI