fbpx

Buang bayi perempuan di tepi pagar rumah perlindungan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAYI perempuan masih bertali pusat ditinggalkan di tepi pagar di Rumah Perlindungan Kanak-Kanak Terencat Akal di Alor Akar, Kuantan.

KUANTAN – Seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui di dalam beg di tepi pagar Rumah Perlindungan Kanak-Kanak Terencat Akal di Alor Akar, di sini pagi ini.

Bayi yang dibalut dengan pakaian ditemui oleh pekerja rumah pelindungan ketika keluar dari premis itu pada pukul 7.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, saksi memaklumkan terdengar tangisan bayi sebaik keluar dari premis tersebut. Dia kemudian mendapati ada  bayi ditinggalkan dalam beg di luar pagar.

“Siasatan awal mendapati tiada kesan kecederaan pada tubuh bayi itu, namun kulitnya menjadi kebiruan akibat kesejukan.

“Bayi tersebut ditinggalkan oleh individu tidak dikenali pada pukul 10 malam berdasarkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di rumah perlindungan berkenaan.

“Berdasarkan rakaman CCTV itu, turut kelihatan sebuah kereta dan seorang lelaki berjalan kaki sebelum meletakkan sesuatu di lokasi sebelum beredar,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan. Bayi itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini dan memaklumkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tindakan selanjutnya.

“Sampel darah bayi akan diambil untuk perbandingan DNA (ujian asid deoksiribonukleik), keterangan saksi juga dirakam selain pasukan penyiasat dimaklumkan untuk mendapatkan maklumat di sekitar lokasi kejadian sekali gus mengesan suspek terlibat,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI