fbpx

Baru tahu sekarang BRIM tu bagus – Puad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BR1M.

PETALING JAYA – Perbezaan antara UMNO dengan parti lain adalah UMNO melahirkan ramai pemimpin luar biasa seperti bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, Najib bagaimanapun dijatuhkan dengan fitnah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan perbicaraan tidak adil.

“UMNO memang melahirkan ramai pemimpin luar biasa. ‘Bossku’ antaranya. Baru tahu sekarang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) itu bagus.

“Cukai barang dan perkhidmatan (GST), Pan Borneo, Transit Aliran Massa (MRT) dan Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) semuanya bagus,” katanya dalam satu hantaran di media sosial, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim yang memuji bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri semalam.

Hassan dipetik sebagai berkata, Ismail Sabri masih boleh berbakti dalam UMNO kerana pencapaian baik dalam mentadbir negara.

Dalam pada itu, Mohd. Puad secara sinis mendakwa, pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu takut UMNO dipimpin oleh mereka yang utamakan konsensus parti.

“Sekarang baru Hassan tahu susah jadi kerajaan. Banyak janji tidak tertunai. Banyak birokrasi kena lalui. Cari mayat hilang pun payah. Cuma pandai main formula,” sindirnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI