fbpx

Ballon d’Or 2024 tanpa Messi, Ronaldo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESSI (kiri) dan Ronaldo tidak disenaraikan untuk Anugerah Ballon d’Or buat kali pertama sejak 2003. - AFP

PARIS – Buat kali pertama dalam tempoh 21 tahun sejak 2003, dua bintang bola sepak dunia, Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo tersisih daripada senarai akhir 30 calon untuk memenangi Anugerah Ballon d’Or 2024.

Messi, 37, merupakan pemenang lapan Ballon d’Or bermula 2009, 2010, 2011, 2012, 2015, 2019, 2021 dan 2023 sementara Ronaldo, 39, telah memenangi lima anugerah individu berprestij tersebut pada 2008, 2013, 2014, 2016 serta 2017.

Biarpun sudah bertaraf ‘kuda tua’ tetapi masing-masing tetap berupaya menunjukkan keupayaan dengan Messi membantu Argentina menjuarai Copa America tahun ini, manakala Ronaldo masih tidak henti meledak gol demi gol bersama Portugal dan Al-Nassr.

Bagaimanapun, kini giliran nama-nama baharu bakal diangkat sebagai pemenang Ballon d’Or 2024 antaranya Jude Bellingham yang membantu Real Madrid menakluk Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dan La Liga serta naib juara Euro 2024 bersama England.

Penyerang Brazil dan Real, Vinicius Junior antara nama lain menjadi calon pilihan di samping seorang lagi rakan sepasukannya di Madrid, Dani Carvajal yang membantu Sepanyol menjuarai Euro 2024.

Carvajal antara pencabar gelaran daripada skuad selain Rodri, Alex Grimaldo, Dani Olmo, Nico Williams dan Lamine Yamal.

Empat lagi pemain Real turut berada dalam senarai seperti Toni Kroos, Antonio Rudiger, Federico Valverde dan Kylian Mbappe yang berhijrah daripada Paris Saint-Germain hujung musim lalu.

Antara nama besar lain yang turut tersenarai seperti Erling Haaland (Manchester City), Harry Kane (Bayern Munich) serta empat bintang Arsenal diketuai Bukayo Saka, Martin Odegaard, Declan Rice dan William Saliba pada majlis yang akan berlangsung di Paris, Perancis pada 28 Oktober depan. – AGENSI

SENARAI 30 CALON BALLON D’OR 2024

Jude Bellingham (Real, England)

Hakan Calhanoglu (Inter, Turkiye)

Dani Carvajal (Real, Sepanyol)

Ruben Dias (Man. City, Portugal)

Artem Dovbyk (Girona, Ukraine)

Phil Foden (Man. City, England)

Alex Grimaldo (Leverkusen, Sepanyol)

Erling Haaland (Man. City, Norway)

Mats Hummels (Dortmund, Jerman)

Harry Kane (Bayern, England)

Toni Kroos (Real, Jerman)

Ademola Lookman (Atalanta, Nigeria)

Emiliano Martinez (A. Villa, Argentina)

Lautaro Martinez (Inter, Argentina)

Kylian Mbappe (PSG, Perancis)

Martin Odegaard (Arsenal, Norway)

Dani Olmo (Leipzig, Sepanyol)

Cole Palmer (Chelsea, England)

Declan Rice (Arsenal, England)

Rodri (Man. City, Sepanyol)

Antonio Rudiger (Real, Jerman)

Bukayo Saka (Arsenal, England)

William Saliba (Arsenal, Perancis)

Federico Valverde (Real, Uruguay)

Vinicius Junior (Real, Brazil)

Vitinha (PSG, Portugal)

Nico Williams (Athletic, Sepanyol)

Florian Wirtz (Leverkusen, Jerman)

Granit Xhaka (Leverkusen, Switzerland)

Lamine Yamal (Barcelona, Sepanyol) 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI