fbpx

Abang bomba kacak tangkap ikan aligator gar di sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan ikan mulut buaya itu ditangkap oleh anggota DAMKAR. - TikTok

JAKARTA  –  Seorang anggota pemadam kebakaran (DAMKAR) mengundang perhatian orang ramai selepas menangkap seekor ikan aligator gar di sebuah sekolah di Depok, wilayah Jawa Barat, lapor saluran berita Merdeka semalam. 

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @pemujarahasia24434, dia bersama rakan sekerjanya dilihat melemparkan umpan di sebuah kolam yang besar. 

Tidak lama kemudian, ikan ganas itu muncul dan ‘memakan’ umpan tersebut. 

Anggota bomba tersebut bergegas menangkap ikan gergasi itu menggunakan jaring ikan sebelum dipindahkan ke kawasan lain. 

“Ikan itu dipindahkan ke kolam sebelah supaya pelajar dapat bermain sampan tanpa ketakutan,” katanya.

Orang ramai termasuk pelajar, bersorak dan bertepuk tangan selepas menyaksikan detik cemas itu.

Rakaman itu menjadi tular di media sosial dan menerima pujian netizen. 

“Kenapa anggota-anggota DAMKAR sangat gagah? Mereka kelihatan sungguh kacak!” kata seorang netizen. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI