fbpx

946 permohonan warganegara di Sarawak selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fatimah bercakap pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat JKKSK Perkara 15A Peringkat Negeri Sarawak di pejabatnya, Petra Jaya hari ini.

KUCHING – Jawatankuasa Khas Status Kewarganegaraan (JKKSK) bagi Perkara 15A Peringkat Negeri Sarawak setakat ini berjaya menyelesaikan 946 permohonan yang tertangguh lama.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK), Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, ia hasil daripada kelancaran membuat keputusan berkaitan dengan permohonan kewarganegaraan di Sarawak.

“Saya ingat janji Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, mana-mana kes yang tertangguh, yang itu perlu diselesaikan.. maka itu sudah diselesaikan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat JKKSK Perkara 15A Peringkat Negeri Sarawak di pejabatnya, Petra Jaya hari ini.

Sementara itu, Fatimah merangkap Pengerusi JKKSK Perkara 15A Peringkat Negeri Sarawak berkata, dalam mesyuarat pada 17 Ogos lalu, sebanyak 306 permohonan telah dibentangkan dan daripada jumlah itu, 225 permohonan telah diluluskan dan 81 permohonan ditolak.

“Antara sebab ditolak bagi anak tak sah taraf adalah kesukaran ibu bapa mendaftar perkahwinan sah di Malaysia apabila berdepan konsulat asing,” katanya. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI