fbpx

30 pegawai Korea Utara gagal tangani banjir dihukum mati 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un menaiki bot penyelamat ketika meninjau keadaan di sebuah sungai pada 31 Julai lalu. - KCNA

PYONGYANG –  Korea Utara mengenakan hukuman mati terhadap kira-kira 30 pegawai kerajaan pada bulan lalu kerana gagal menangani kesan banjir dan tanah runtuh yang mengorbankan lebih 4,000 orang, lapor akhbar The Independent semalam. 

Media Korea Selatan melaporkan bahawa pegawai-pegawai itu didakwa atas kesalahan rasuah dan mengabaikan tugas.

Bencana banjir yang melanda wilayah Chagang pada Julai lalu menyebabkan lebih 15,000 orang hilang tempat tinggal.

Menurut media tempatan, banjir turut memusnahkan kira-kira 4,100 rumah, 7,410 ekar tanah ladang, jalan raya, bangunan dan laluan kereta api di bandar Sinuiju serta daerah berdekatan, Uiju. 

Pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un mengarahkan pihak berkuasa untuk ‘menghukum dengan tegas’ pegawai-pegawai yang bertanggungjawab, lapor Agensi Berita Pusat Korea (KCNA).

Seorang pegawai kerajaan Korea Selatan yang tidak dinamakan memberitahu stesen TV Chosun bahawa antara 20 hingga 30 pegawai kerajaan di kawasan yang dilanda banjir dihukum mati pada bulan lalu. 

Bagaimanapun, laporan itu tidak dapat disahkan secara bebas.

Pada masa sama, Jong-un mengisytiharkan bahawa Korea Utara tidak akan menerima sebarang bantuan antarabangsa. 

Sebaliknya, beliau meminta pegawai untuk memindahkan ribuan penduduk ke ibu kota Pyongyang, di mana mereka akan menerima penjagaan dan sokongan yang lebih baik. 

Usaha pembinaan semula dijangka mengambil masa kira-kira dua hingga tiga bulan, di mana kerajaan merancang untuk menyediakan bantuan kepada hampir 15,400 mangsa banjir di Pyongyang. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI