fbpx

1.7 juta orang terjejas, Yagi hentam Filipina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk mengharungi ribut di Teluk Manila ketika hujan lebat yang dibawa oleh ribut tropika Yagi di Manila pada 2 September lalu. - AFP

MANILA  –  Sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh dan 21 lagi hilang dalam bencana banjir dan tanah runtuh semasa taufan Yagi menghentam beberapa kawasan di Filipina, lapor Agensi Berita Qatar semalam. 

Menurut Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan Filipina, kira-kira 15 orang cedera dan 1.7 juta penduduk terjejas berikutan cuaca buruk di 26 wilayah dan ibu kota, Manila sejak hujung minggu lalu. 

“Antara penduduk yang terjejas melibatkan 106,834 orang hilang tempat tinggal selepas paras air sungai naik di beberapa kawasan,” kata agensi itu. 

Pusat Amaran Bersama Taufan berkata, Yagi yang bermula sebagai ribut tropika, menjadi semakin kuat dengan  tiupan angin mencecah 130 kilometer sejam.

Ribut itu telah beredar dari Filipina dan diramal menjejaskan Hong Kong sebelum tiba di selatan China menjelang hujung  minggu ini. 

Taufan itu juga dijangka bergerak ke utara Vietnam dan membawa hujan lebat di wilayah utara dan timur laut Thailand. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI