fbpx

[VIDEO] Tiga doktor pakar tulang antara subahat tipu tuntutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara individu yang terlibat berhubung kes pemalsuan tuntutan hilang upaya Perkeso melibatkan jumlah kerugian bernilai RM2.1 juta.

GEORGE TOWN – Tiga doktor pakar tulang antara 33 individu direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) antara sehari hingga tiga hari berhubung kes pemalsuan tuntutan hilang upaya Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) melibatkan jumlah kerugian bernilai RM2.1 juta.

Selain tiga doktor berkenaan, 30 individu lagi terdiri daripada 19 pemohon tuntutan, lapan ejen serta tiga orang ‘runner’.

Difahamkan, dua daripada doktor itu bertugas di dua buah hospital milik kerajaan, manakala seorang lagi doktor bertugas di sebuah hospital swasta.

Ketiga-tiga mereka bertugas di hospital di kawasan Bukit Mertajam dan Seberang Jaya, dekat sini.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Nadratul Naim Mohd. Saidi di Mahkamah Majistret Georgetown, hari ini.

Menurut sumber, pihak SPRM menjalankan operasi di negeri itu bermula pukul 5 pagi hingga 9 malam semalam dan kesemua suspek berusia 26 hingga 60 tahun ditahan di Pejabat SPRM Pulau Pinang selepas diambil keterangan.

“Kegiatan ini dipercayai bermula pada 2017 hingga 2024 dan jumlah kerugian terlibat adalah RM2.1 juta,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, kebanyakan mereka yang terlibat dalam kartel penipuan pemalsuan tuntutan hilang upaya Perkeso itu adalah mereka yang bekerja di sektor swasta.

“Imbuhan dipercayai akan diberikan pemohon 50-50 kepada pihak yang terlibat bermula daripada doktor, ejen dan runner. Modus operandi kartel ini ialah pemohon akan mengemukakan tuntutan palsu melibatkan masalah kesihatan yang dialami pemohon, antara kecederaan yang kerap dikatakan dialami pemohon ialah slip disk dan ligamen krusiat anterior (ACL).

“Dipercayai seorang doktor boleh mendapat imbuhan sehingga RM10,000 daripada seorang pemohon, namun ia juga bergantung kepada jumlah tuntutan,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI