fbpx

‘Terima kasih kepada Adibah kerana masuk dalam ruang hidup saya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Menyifatkan Allahyarham Adibah Noor sebagai individu yang baik, pengarah dan pelakon Datuk Afdlin Shauki meluahkan rasa syukur kerana berpeluang mengenali dan bekerjasama dengan arwah.

Afdlin atau nama lengkapnya Afdlin Shauki Aksan, 54, berkata, setiap manusia perlu mempunyai sifat bersyukur kerana dipertemukan dengan individu yang baik ketika hayatnya dan itulah yang dirasakan dengan arwah Adibah.

“Dia (arwah Adibah) orang yang baik. Saya berkata demikian bukan sebab dia tiada di sini. Pertamanya, kita patut bersyukur, kita beruntung dapat berjumpa dengan orang yang baik.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada arwah Adibah kerana masuk dalam ruang hidup saya dan membantu serta mengajar saya,” katanya.

Afdlin tidak mampu menahan sebak dan menitiskan air mata ketika hadir sebagai artis jemputan di radio Sinar FM bagi mempromosikan filem arahannya Baik Punya Ah Long yang akan ditayangkan 12 September depan.

Filem tersebut merupakan karya terakhir lakonan Allahyarham Abibah sebelum meninggal dunia pada 18 Jun 2022.

Dalam pada itu, Afdlin turut menitipkan doa semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama dalam kalangan orang mukmin.

“Saya harap dia berada dalam kalangan orang yang Allah sayangi, insya-Allah,” katanya,

Allahyarham Adibah atau nama sebenarnya Adibah Noor Mohd. Omar menghembuskan nafas terakhir di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur pada pukul 7.30 malam dipercayai akibat penyakit kanser ovari tahap empat.

Sekadar info, selain Adibah, filem Baik Punya Ah Long turut dibintangi oleh Johan Raja Lawak, Zizan Razak, Liyana Jasmay, Adlin Aman Ramlie, Kin Wah Chew dan Mia Sara Shauki. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI