fbpx

Tak pakai helmet, kan dah kena jalan kaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan gadis itu merakam dan menuduh polis tersebut meminta wang daripadanya. - Instagram

JAKARTA – Seorang wanita di Indonesia mengundang kecaman ramai selepas menuduh anggota polis trafik memintanya wang gara-gara ditahan akibat tidak memakai topi keledar, lapor saluran berita Tribunnews semalam. 

Rakaman yang dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @medsos_rame memaparkan polis tersebut menahan sebuah motosikal yang ditunggang oleh seorang lelaki bersama gadis tersebut.

Kedua-duanya mengaku hendak pergi ke kawasan berhampiran, menyebabkan gadis itu tidak memakai topi keledar. 

Selepas mendengar penjelasan, polis meminta mereka turun daripada motosikal dan berjalan kaki.

Wanita tersebut kemudian menuduh anggota polis itu meminta wang daripada mereka sebelum situasi sebenar didedahkan.

Rakaman itu menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen. 

“Pura-pura menjadi mangsa!” marah seorang netizen. 

“Definisi sebenar memalukan diri sendiri,” sindir netizen lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI