fbpx

Syarikat e-waste di Bukit Rambai didenda RM20,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGARAH syarikat yang mewakili OKS (tengah) diiringi pegawai JAS ketika hadir ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka. PFoto oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI/ KOSMO!

MELAKA – Sebuah syarikat yang menjalankan aktiviti penstoran buangan terjadual e-waste di Bukit Rambai di sini didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen hari ini kerana gagal mengemukakan permohonan bertulis kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) berhubung pemasangan peralatan pembakaran dan kawalan pencemaran udara pada Januari lalu.

Hakim Azaraorni Abd. Rahman membuat ketetapan itu selepas menerima pengakuan bersalah Orang Kena Saman, Wista Sehati Trading (M) Sdn. Bhd. yang diwakili pengarah syarikat itu, Ahmad Humaizi Mahat, 46.

Berdasarkan kertas pertuduhan, OKS didakwa gagal mematuhi tiga syarat laporan Penilaian Impak Alam Sekitar iaitu gagal memperoleh terlebih dahulu kebenaran bertulis sebelum pembinaan premis dan pemasangan peralatan serta gagal mengemukakan pemberitahun bertulis sebelum atau selepas pemasangan alat pembakaran dan alat kawalan pencemaran udara.

Selain itu, syarikat tersebut turut gagal mendapatkan lesen sebelum premis berkenaan diduduki dan memulakan beroperasi.

Kesalahan itu dilakukan kira-kira pukul 10.38 pagi hingga 1.30 petang di premis Wista Sehati Trading (M) Sdn. Bhd., Lot 64, 65 dan sebahagian lot 1629 di Kawasan Perindustrian Bukit Rambai dalam daerah Melaka Tengah pada 24 Januari 2024.

Sabit kesalahan OKS boleh dipenjara mandatori tidak lebih lima tahun serta denda tidak kurang RM100,000 dan tidak lebih RM1 juta mengikut Seksyen 34A(7) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 34A(8) akta yang sama.

Bagaimanapun, OKS melakukan kesalahan sebelum pindaan akta pada 7 Julai 2024 yang mana memperuntukkan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI