PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada jaguh lontar peluru para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli atas kejayaan meraih pingat perak pada Sukan Paralimpik Paris 2024.
Ucapan tahniah itu disampaikan melalui satu hantaran di aplikasi X hari ini.
“Pingat perak yang dimenangi saudara Ziyad adalah yang ketiga buat kontinjen Malaysia di Paris.
“Syabas dan tahniah Ziyad!,” katanya.
Terdahulu, pada aksi final acara lontar peluru lelaki F20 (kecacatan intelektual) yang berlangsung di Stade de France, pemegang rekod Asia itu melakukan catatan terbaik menerusi percubaan ketiga dengan lontaran sejauh 17.18 meter (m). – KOSMO! ONLINE