fbpx

SPRM mulakan siasatan projek 1BestariNet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan terhadap tuntutan bayaran bagi tender perkhidmatan 1BestariNet Kementerian Pelajaran Malaysia bernilai RM4 bilion yang di anugerahkan kepada YTL Communications Sdn. Bhd (YTL) pada tahun 2011.

Menurut sumber, SPRM telah membuat penggeledahan ke atas pejabat kerajaan dan YTL Communications Sdn. Bhd yang terletak di Kuala Lumpur, hari ini.

“Hasil penggeledahan tersebut, sejumlah dokumen telah disita dan SPRM sedang mengkaji bagi mengenal pasti saksi-saksi yang akan dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan.

“Siasatan menjurus kepada mengemukakan dokumen tuntutan yang mengandungi butir matan palsu melibatkan pembayaran lebih kurang RM2.7 bilion,” katanya.

Sumber berkata, fokus siasatan SPRM juga adalah menjurus kepada elemen jenayah lain yang tertakluk di bawah Akta SPRM 2009.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan kes disiasat di bawah seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Beliau turut menyeru semua pihak agar memberi ruang dan masa kepada SPRM bagi melaksanakan siasatan tanpa sebarang gangguan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI