fbpx

Sophea terajui industri kesuburan secara inklusif di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menteri Pembangunan Ekonomi dan Komuniti Etnik New Zealand, Melissa Lee (kanan) bersama Ketua Pakar Fertility Sophea Bangi dan Menteri Wanita dan Perdagangan, New Zealand, Nicola Grigg (kiri) pada majlis pelancaran pusat kedua Sophea Bangi hari ini.

PETALING JAYA – Pusat Kesuburan Sophea (Sophea), jenama di bawah naungan Sunfert
International, melancarkan pusat keduanya di Malaysia di Bangi, Selangor sebagai usaha syarikat menerajui perniagaan kesuburan secara inklusif dengan menyediakan perkhidmatan penjagaan kesuburan yang mesra wanita dan mematuhi hukum syarak.

Ketua Eksekutif Fertility Associates, Alex Price berkata, pusat tersebut melambangkan komitmen syarikat untuk menyediakan penjagaan kesuburan yang menghormati dan menyokong nilai-nilai budaya dan agama pesakit kami.

Menurut beliau, sejak pelancarannya, syarikat telah merawat hampir 200 pesakit IVF, yang telah menghasilkan hampir 100 kehamilan.

“Kerjasama antara Fertility Associates dan Sunfert membolehkan kami membawakan teknologi kesuburan terkini dan kami berharap untuk terus melakukan penambahbaikan dari segi penjagaan pesakit,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan bersempena majlis pelancaran pusat Sophea kedua hari ini  di Bangi yang  telah dihadiri oleh delegasi peringkat tinggi dari New Zealand bersempena kunjungan rasmi Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon ke Malaysia.

Lawatan delegasi New Zealand tersebut ke Sophea menyerlahkan pendekatan inovatif Pusat berkenaan dalam penjagaan kesuburan yang menyepadukan kepakaran daripada Fertility Associates, iaitu penyedia perkhidmatan kesuburan terkemuka di New Zealand.

Sophea menjadi penanda aras teknologi perubatan moden yang mampu disesuaikan untuk memenuhi keperluan masyarakat berbilang kaum.

Pendekatan ini sejajar dengan fokus New Zealand pada penjagaan yang memberi keutamaan kepada pesakit dan menteri berkenaan menzahirkan minat yang mendalam terhadap model Pusat itu yang mampu menyuntik inspirasi untuk melakukan inisiatif serupa.

Menurut rekod, pada tahun 2021, Fertility Associates meluaskan operasinya ke Asia Tenggara dengan memperoleh pegangan majoriti dalam Sunfert International Fertility Centre.

Langkah strategik ini telah  mendapat sokongan daripada konsortium termasuk New Zealand Super Fund, Pioneer Capital dan Comprador Holdings, merupakan sebahagian daripada strategi pelaburan yang lebih luas.

Pemerolehan berkenaan membolehkan Fertility Associates memperkenalkan teknologi kesuburan terkini di Malaysia, yang meningkatkan kualiti penjagaan secara ketara di kemudahan milik Sunfert termasuk Sophea. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI