fbpx

Sanusi yakin perluas SG4 kepada SG8

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi (dua dari kiri) menyampaikan geran kepada penduduk pada Majlis Penyampaian Geran Hak Milik Daerah Padang Terap di Felcra Belimbing Tualak, Kuala Nerang hari ini. - Foto oleh SHAHIR NOORDIN

KUALA NERANG – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor yakin mampu melebar luas State Government 4 (SG4) yang terdiri daripada kerajaan negeri ditadbir pembangkang iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada SG8.

Kata beliau, empat negeri yang mampu ditawan Perikatan Nasional (PN) adalah Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang.

“Saya nak habaq kat dia (Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi) bahawa PN akan pergi ke Pahang, Perak, Melaka dan Negeri Sembilan selepas ini seterusnya jadi SG8. Kita akan melebar luaskan lagi,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya tentang persoalan yang dibuat Mohd Puad sekiranya negeri-negeri terlibat dalam SG4 tidak lagi berada di bawah pentadbiran PN.

Kata beliau, Mohd Puad juga tidak perlu risau kemungkinan perkara itu berlaku kerana BN tidak mempunyai penguasaan di Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu.

“Puad Zarkashi tanya kalau negeri PN bertukar, saya nak habaq kepada dia di Kedah dan Perlis Barisan Nasional (BN) tak ada langsung. Di Kelantan BN ada dua, Terengganu pun tak ada

“Kerusi pun tak ada nak tukar dengan siapa? BN tak ada kerusi di Kedah. Di Kedah PKR ada 2 dan DAP satu,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI