fbpx

Ribut di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga pukul 10 pagi ini.

MetMalaysia dalam kenyataan yang dikeluarkan memaklumkan antara kawasan terlibat adalah Kedah (Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) serta seluruh negeri Pulau Pinang.

Selain itu, cuaca buruk sama turut dilaporkan melanda negeri Perak melibatkan daerah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Manjung dan Perak Tengah.

“Ribut petir juga dijangka melanda Sarawak yang tertumpu sekitar Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong dan Sarikei (Pakan dan Julau).” lapor MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI