fbpx

Gara-gara mahu jimat bil, rugi RM164,903

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

TAIPING – Seorang akauntan membuat laporan polis setelah terlibat dalam kes penipuan tawaran pakej pembayaran bil elektrik sehingga kerugian RM164,903.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ismail berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa berusia 62 tahun pada pukul 5.04 petang kelmarin.

Mangsa menyatakan dia terperdaya dengan tawaran pakej pembayaran bil yang tidak wujud.

“Siasatan mendapati pada pukul 3 petang, 8 Julai lalu semasa berada di rumahnya, mangsa berhubung dengan seorang lelaki bagi urusan diskaun bil elektrik.

“Suspek menjanjikan diskaun 35 peratus jika dapat mencari pelanggan yang ingin membuat pembayaran bil melaluinya,” katanya hari ini.

Mohamad Nasir berkata, disebabkan terlalu percaya dengan tawaran itu, mangsa menawarkan diskaun 10 peratus kepada pelanggan yang ingin membuat pembayaran bil. Suspek meminta mangsa menghantar salinan bil elektrik melalui telefon.

“Sejak 8 Julai sehingga 27 Ogos lalu, mangsa mencari seramai 120 pelanggan yang bersetuju membuat pembayaran bil melaluinya,” katanya yang memberitahu bayaran yang diterima daripada pelanggan sebanyak RM207,000.

“Selepas ditolak keuntungan 35 peratus, mangsa membuat 11 kali transaksi pemindahan wang ke dalam lima akaun bank dengan jumlah keseluruhan RM164,903.

“Bagaimanapun, salah seorang pelanggan mangsa mendapat mesej daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengatakan bil elektrik masih tertunggak. Mangsa cuba menghubungi suspek tetapi gagal. Mangsa mengesyaki dia ditipu dan membuat laporan polis,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI