fbpx

Peniaga pasar malam di Perlis wajib henti berniaga waktu maghrib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KANGAR – Semua peniaga pasar malam di negeri ini diwajibkan memberhentikan sementara perniagaan pada waktu maghrib bermula 15 September depan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan negeri, Asrul Aimran Abd. Jalil berkata, perkara itu dipersetujui dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis yang bersidang pada 21 Ogos lalu.

Katanya, pelaksanaan itu adalah bagi program Berhenti Dulu Kita Solat sebagai salah satu inisiatif memperkasakan kempen Hayya Ala-Solah.

“Melalui program ini, semua peniaga yang menjalankan aktiviti perniagaan di pasar malam diwajibkan memberhentikan operasi perniagaan semasa waktu maghrib bagi menghormati waktu solat.

“Program ini berkuat kuasa pada 15 September depan di semua tapak pasar malam di bawah kendalian pihak berkuasa tempatan (PBT) atau swasta di seluruh negeri ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, tempoh pelaksanaan program itu bermula 10 minit sebelum masuk waktu dan 10 minit selepas masuk waktu solat tersebut.

“Ia juga bagi membolehkan para peniaga dan pengunjung untuk menunaikan solat dalam keadaan selesa dan tidak tergesa-gesa,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI