fbpx

Pemancing jumpa gambar lelaki, wanita dalam botol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tersebut yang tular di TikTok.

PETALING JAYA – Seorang pemancing terkejut apabila menemui botol mengandungi gambar lelaki dan wanita dipercayai telah disihir.

Menerusi video tular di platform TikTok, lelaki itu mendakwa botol tersebut ditemui terdampar di tepi pantai bersama sampah sarap.

“Kawan aku yang nampak dulu, bagitahu aku. Maaf aku tak berani sentuh benda ini.

“Kalau melihat daripada gambar, ini gambar daripada media sosial yang dicetak, serius aku seram dan kasihan pada mangsa,” kata pengguna TikTok itu di ruangan kapsyen.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata pengguna melahirkan rasa kesal kerana masih ada individu yang mengamalkan perkara syirik termasuk sihir.

“Kasihan pada yang terkena sihir, semoga tuan badan yang teraniaya dibantu oleh Allah SWT,” kata Puan Purple.

“Sebab itu dalam media sosial jangan letak gambar penuh. Kerja senang orang yang dengki, ingat rambut hitam tapi hati lain-lain,” kata Ahsanullah.

“Saya pernah terjumpa botol kaca ada gambar lelaki di dalamnya, saya buka dan pegang gambar lepas itu buang semula ke pantai sebab rasa tak selesa,” kata Tiera.

Sehingga kini, video tersebut telah meraih lebih 100,000 tontonan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI