fbpx

Pekerja stesen minyak acu pisau kepada pelanggan dipecat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail sebuah stesen minyak di Bangkok. - Foto AFP

BANGKOK – Seorang pekerja sebuah stesen minyak di Pattaya mengancam pelanggan menggunakan pisau sebelum dia dipecat serta-merta, lapor laman berita Pattaya News hari ini.

Kejadian itu mula dilaporkan di laman Facebook ‘Jea Moy V+’.  Seorang pelanggan yang tidak dikenali mendakwa bahawa pekerja stesen minyak berkenaan mengacukan sebilah pisau ke arahnya.

Ia berlaku apabila pekerja itu dikatakan mengisi minyak dalam kuantiti sedikit.

Menurut seorang pekerja dikenali sebagai Pa Na, pertengkaran bermula apabila pelanggan itu meminta kakitangan warga emas tersebut mengisi minyak petrol pada harga 435 baht (RM55.31). 

Bagaimanapun, pekerja tersebut secara tidak sengaja mengisi tangki minyak dengan harga antara 5 baht (RM0.63) hingga 6 baht (RM0.76) sehingga menyebabkan pertikaian. 

Dalam keadaan marah, pekerja itu mengambil pisau yang digunakan untuk memotong bungkusan sebelum mengacukannya ke arah pelanggan tersebut.

Pemilik stesen minyak berkenaan kemudian meminta maaf kepada pelanggan itu, manakala pekerja berkenaan telah diberhentikan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI