fbpx

Paras air tiga empangan di Kedah meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Ismail (dua dari kiri) menunjukkan risalah jadual penanaman padi musim 2/2024 MRTC, Alor Setar, hari ini.

ALOR SETAR – Paras empangan di negeri ini didapati meningkat sekali gus menjadi petanda positif kepada kecukupan bekalan air untuk kegunaan domestik, industri dan pertanian terutama penanaman padi.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Datuk Dr. Ismail Salleh berkata, status keseluruhan kedudukan semasa takungan air di empangan seliaan pihaknya iaitu Empangan Pedu, Muda dan Ahning adalah 500,612 ekar kaki bersamaan 40.93 peratus.

Katanya, takungan air di Empangan Pedu adalah sebanyak 313,400 ekar kaki atau 35.82 peratus, manakala Empangan Ahning pula sebanyak 175,762 ekar kaki bersamaan 78.82 peratus.

“Takungan di Empangan Muda pula setakat hari ini mencatatkan bacaan 11,450 ekar kaki atau 9.16 peratus. Namun keadaan itu bukan sesuatu yang membimbangkan kerana takungan air di situ boleh meningkat atau menurun dengan cepat berikutan statusnya yang menyalurkan air ke Empangan Pedu, bergantung kepada keperluan,” katanya pada sidang akhbar di Pusat Latihan MADA (MRTC), di sini hari ini.

Beliau berkata, kedudukan terkini takungan semasa bagi ketiga-tiga empangan itu mencukupi untuk baki keperluan penanaman padi musim kedua tahun ini.

“Simulasi takungan air di Empangan Pedu yang dijalankan dengan mengambil kira turunan purata hujan tahunan di Kawasan Muda menjangkakan paras takungan di situ pada musim kedua 2024 adalah 406,283 ekar kaki atau 46 peratus,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI