fbpx

Pahang terima lapan ambulans jenis A bernilai RM3.7 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAN ROSDY melihat kelengkapan yang disediakan di dalam ambulans jenis A pada majlis penyerahan ambulan berkenaan di Wisma Sri Pahang, di Kuantan, hari ini.

KUANTAN – Pahang menerima lapan buah ambulans jenis A bernilai keseluruhan kira-kira RM3.7 juta daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, lapan buah ambulans terbabit diserahkan kepada enam buah hospital iaitu dua di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, dua di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh, dan masing-masing satu di Hospital Pekan, Hospital Bentong, Hospital Kuala Lipis, dan Hospital Sultanah Hajah Kalsom Cameron Highlands.

Katanya, ambulans jenis A terbabit dianggarkan bernilai RM455,000 seunit dan dilengkapi dengan kemudahan canggih tiga dalam satu termasuk boleh terus menyalurkan data berkaitan pesakit kepada hospital.

“Saya harap ianya dapat digunakan dengan sebaik mungkin dan dapat memberi manfaat dan juga kebaikan kepada rakyat negeri ini yang memerlukan bantuan,”katanya dalam sidang akhbar pada majlis penyerahan ambulans berkenaan di Wisma Sri Pahang, di sini, hari ini.

Tambahnya lagi, KKM turut akan menyerahkan sebanyak 37 unit ambulans jenis B kepada hospital dan klinik kesihatan di setiap daerah di negeri ini.

Katanya, daripada 37 unit ambulans jenis B berkenaan, 20 daripadanya akan diterima pada November nanti dan 17 lagi akan diserahkan pada Julai 2025. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI