fbpx

Mayat warga emas berdarah dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki warga emas ditemui meninggal dunia dalam sebuah kereta dalam kejadian di tempat letak kereta berhadapan sebuah kedai di Kingfisher semalam.- Foto IVAN AMIRUL

KOTA KINABALU – Seorang lelaki warga emas ditemui mati dalam kereta di tempat letak kenderaan berhadapan sebuah kedai di Kingfisher di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 4.30 petang itu, mangsa berusia 64 tahun dijumpai dalam keadaan terbaring dan berdarah di dalam kenderaan terbabit sebelum orang awam menghubungi pihak polis.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, pegawai perubatan Hospital Queen Elizabeth II (HQE II), mengesahkan kematian mangsa.

“Siasatan di tempat kejadian menunjukkan tiada unsur jenayah yang boleh dikaitkan sebagai kematian mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI