fbpx

Mana-mana kilang terlibat pencemaran bau Sungai Pandan akan disita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. NOORAZAM hadir mempengerusikan Mesyuarat Penuh MBJB di Menara MBJB, Johor Bahru, hari ini.

JOHOR BAHRU – Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) menegaskan mana-mana kilang yang terlibat dalam insiden pencemaran bau Sungai Pandan, di sini akan berdepan dengan tindakan tegas termasuklah premis disita.

Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Mohd. Noorazam Osman berkata, tindakan tegas perlu dibuat kerana Sungai Pandan yang juga dikenali sebagai Sungai Tebrau merupakan salah satu daripada sungai utama di bandar raya ini.

Sementara itu, Mohd, Noorazman berkata, pihaknya sedang menunggu laporan penuh daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) berhubung insiden pencemaran tersebut yang dilaporkan berlaku semalam.

Dalam perkembangan lain, beliau turut memaklumkan MBJB telah membelanjakan sehingga RM36 juta untuk melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan dan persediaan mengelak kejadian banjir di kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

Jelasnya, sebanyak 16 lokasi ‘hotspot’ banjir telah dikenal pasti, khususnya apabila waktu hujan dan kerja-kerja penyelenggaraan telah dilaksanakan bermula Oktober tahun lalu.

Selain itu, Mohd. Noorazam turut memberitahu, PBT tersebut telah mengeluarkan 93 notis dan 252 kompaun kepada pemilik restoran yang melakukan kesalahan mengalirkan air cucian dan sisa makanan ke tempat awam.

“Manakala sebanyak 36 kompaun pula dikeluarkan atas kesalahan meletakkan gerai di atas kaki lima premis perniagaan. Tindakan ini diambil selepas pemeriksaan dibuat terhadap 1,365 buah premis restoran,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI