fbpx

Mahu bersihkan wang dalam akaun, pengurus syarikat rugi RM108,750

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUANTAN – Seorang pengurus sebuah syarikat mengalami kerugian sebanyak RM108,750 selepas terperdaya dengan scammer yang menyamar sebagai pegawai Kementerian Komunikasi dan pegawai polis.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, kejadian bermula kelmarin selepas mangsa yang merupakan lelaki berusia 38 tahun menerima panggilan telefon daripada suspek menyamar sebagai pegawai kementerian komunikasi yang mendakwa mangsa terlibat dengan kegiatan penggubahan wang haram.

“Panggilan telefon tersebut disambungkan kepada suspek yang menyamar sebagai pegawai polis dan suspek mengatakan akan membantu mangsa dengan membersihkan wang dalam akaun simpanan melalui bantuan pihak Bank Negara Malaysia.

“Mangsa kemudiannya telah memberikan maklumat perbankan dalam talian miliknya kepada suspek bagi tujuan siasatan,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa mula menyedari ditipu setelah mendapati wang dalam akaun bank berkurang dengan 16 transaksi dibuat tanpa pengetahuannya sehingga mengalami kerugian sebanyak RM108,750.

Katanya sumber wang adalah daripada wang simpanan mangsa dan siasatan giat dilakukan.

“Pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah panik dan jangan mudah percaya dengan apa juga dakwaan diterima melalui panggilan telefon daripada individu yang tidak dikenali.

“Masyarakat juga diingatkan supaya membuat semakan dengan pihak polis atau agensi kerajaan berkenaan bagi mengelak daripada menjadi mangsa penipuan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI